Thursday, February 11, 2010

MAIDJB BANTU JEJAK ZAKAT NIAGA DAERAH MUAR



TARIKH : 9 FEB 2010
HARI : SELASA
TEMPAT : MUAR, JOHOR

Dalam tahun 2010 ini, Majlis Agama Islam Negeri Johor meneruskan usaha bagi menyampaikan hebahan kefardhuan zakat kepada seluruh masyarakat Islam di Negeri Johor Darul Takzim.

Pada 3 dan 4 Feb 2010, MAINJ telah menganjurkan program Jejak Zakat Niaga di Daerah Muar. Objektif program ini menghendaki para pegawai MAINJ untuk pergi ke seluruh mukim di setiap daerah bagi mengenalpasti para peniaga Islam dan seterusnya menyampaikan risalah dan memberi penerangan akan tanggungjawab melaksanakan Zakat Perniagaan bagi yang telah mencukupi syarat wajib zakat.




En Amad Jupri Bin Lewan, Penolong Pegawai Penaksir dan En Rozaimi Jaafar, Pembantu Akauntan dari Johor Bahru telah sama-sama turun padang membantu rakan-rakan di Muar untuk menjayakan program ini. Alhamdulillah, sebanyak 21 orang para peniaga yang menjalankan berbagai aktiviti perniagaan di sekitar kawasan Sg. Terap/Jorak antaranya ialah makanan dan minuman, kedai runcit, agensi insurans, pertanian fertigasi, semaian anak benih, stesyen minyak, pusat edaran gas, kedai jahitan, pakaian terpakai, kedai memandu dan pusat kecantikan telah berjaya ditemubual dan diedarkan risalah kefahaman zakat.

Program ini begitu bermakna pertemuan dan pertukaran pandangan bersama YB ADUN Jorak iaitu YB Datuk Dr Shahruddin yang sedang melawat persekitaran kawasan Masjid Jamek Bukit Pasir.





Program ini dijangka akan diteruskan, bertempat di daerah Batu Pahat pada 9 dan 10 Feb 2010 akan datang.InsyaAllah..

0 comments:

Post a Comment