Thursday, February 18, 2010

"Berzakat Menyucikan Harta"

TUJUAN DAN HIKMAH BERZAKAT
1. Berzakat membantu umat Islam yang fakir miskin serta mringankan beban mereka.
Allah menjadikan umat manusia sama paras namun kedudukan dan taraf hidup dalam masyarakat tidak sama bagaimana sebagaimana ketentuan takdir. Namun setiap orang dituntut untuk saling bertolong bantu.

"Dan pada harta-harta mereka ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri daripada meminta"
(Maksud firman Allah : Az Dzariyat
)


2.Membersihkan Harta dan Hati/ Diri
Mendidik jiwa penyayang dalam sanubari insan (ORANG BERKEMAMPUAN/ BERADA) untuk mensyukuri atas nikmat harta yang dikurniakan Allah SWT. Mengelakkan (ORANG KURANG BERDA) daripada sifat irihati, dengki dan dendam terhadap orang kaya.

3. Sebagai tanda syukur atas nikmat Allah
Kekayaan, kemewahan dan kesenangan hidup adalah nikmat pemberiaan Allah atas ihsanNYA. Tidak semua manusia merasai kurniaan kesenangan hidup sebagaimana ketentuan/ amanah Allah.

4.Memberi peluang manusia beribadat memperoleh kemanisan ganjaran Akhirat

  • Harta yang diberkati dan bertambah subur
Ganjaran pahala : 1=700 kali ganda
"Bandingan orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seperti sebiji benih yang tumbuh lalu menerbitkan 7 tangkai dan pada tiap-tiap tangkai mengeluarkan 100 biji...."
(Maksud surah Al-Baqarah:261)

  • Melahirkan kehidupan yang dirahmati ALLAH dengan penuh rasa ketenangan dalam diri pembayar zakat dan keluarga....InsyaAllah


HUKUM MENGELUARKAN ZAKAT

WAJIB bagi yang telah cukup syarat mengeluarkannya.
  • Menolak atau meragui Kefardhuan Wajib Zakat-KUFUR
  • Enggan melaksanakan-DOSA BESAR

"dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kamu kepada rasul supaya kamu BEROLEH RAHMAT"
(Maksud Surah An-Nur:56)

Wednesday, February 17, 2010

KEWAJIBAN BERZAKAT

Maksud Hadis...
"Ditegakkan Islam di atas lima perkara : Naik saksi tiada Tuhan melainkan Allah, mendirikan Solat, menunaikan Zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan Haji ke Baitullah bagi mereka yang berkemampuan"
(sepakat dalam Riwayat)



APA ITU ZAKAT??

"Janganlah orang-orang yang bakhil (orang yang tidak mengeluarkan zakat dan sedekah) dengan harta yang ALLAH berikan kepada mereka dari KurniaNya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkn itu akan dikalungkan kelak di leher mereka di hari kiamat"
(Maksud surah Ali Imran:180)

Pengertian Bahasa :

BERSIH, SUCI, BERKAT, SUBUR & BERKEMBANG

Hadith :
"Sesungguhnya Allah telah memfardhukan Zakat sebagai pensuci kepada Harta"
(Riwayat Al Bukhari)

Zakat Bermaksud....
Mengeluarkan suatu KADAR TERTENTU daripada HARTA TERTENTU kepada GOLONGAN TERTENTU berdasarkan SYARAT-SYARAT YANG TERTENTU.

KADAR ZAKAT: 2.5% atau 1/40



JENIS ZAKAT HARTA:
Wang Simpanan, Pendapatan, Emas/Perak, Perniagaan, Saham, Ternakan, Tanaman & Galian


GOLONGAN PENERIMA ZAKAT : 8 ASNAF ZAKAT
1. Fakir
2. Miskin
3. Amil
4. Muallaf
5. Gharim
6. Ibnu Sabil
7. Fi Sabilillah
8. Riqab


SYARAT WAJIB ZAKAT:
1. Beragama Islam
2. Sempurna Milik
3. Merdeka
4. Cukup Haul-354 hari Hijrah
5. Cukup Nisab(85 gm)
RM 6,254.34

Progam "ZAKAT BERSAMA RAKYAT"

TARIKH : 9 FEB 2010 (SELASA)
TEMPAT : MASJID JAMEK TAMAN CENDANA
PROGRAM KAUNTER BANTUAN MESRA ZAKAT
"ZAKAT BERSAMA MASYARAKAT"



Bagi memberi pendedahan dan kemudahan kepada masyarakat Islam akan jenis permohonan bantuan yang diuruskan oleh MAINJ daripada sumber zakat untuk asnaf yang berkelayakan dari segi hukum syarak. MAINJ telah membuka kaunter pendaftaran bantuan bagi memberi peluang kepada para penduduk Islam di Pasir Gudang khususnya di Taman Cendana ntuk mengenaliperanan MAINJ dalam usahanya membantu membasmi kemiskinan dikalangan masyarakat Islam.



Program ini mendapat maklumbalas yang cukup memberangsangkan bilamana ramai pemohon bantuan, mengucapkan terima kasih diatas keperihatinan MAINJ yang terus turun padang kepada masyarakat dan memudahkan mereka menghantar permohonan berbanding sebelum ini dimana mereka perlu menghantar sendiri permohonan mereka ke Pejabat Zakat di Pusat Bandar Pasir Gudang atau di Majlis Agama Islam Daerah Johor Bahru(MAIDJB).


Tuesday, February 16, 2010

Program "MASIH ADA YANG SAYANG"

TARIKH : 13 FEB 2010 (SABTU)
TEMPAT : DEWAN TAMAN DESA CEMERLANG

Majlis Agama Islam Daerah Johor Bahru menghulurkan sumbangan kepada 124 orang penerima (ibu tunggal/ warga emas) sempena Program "Masih Ada Yang Sayang" anjuran YB Wakil Rakyat Dun Tiram dan Dun Puteri Wangsa.





Friday, February 12, 2010

PEGAWAI TADBIR AGAMA DAERAH JOHOR BAHRU (1 SEPT 2009-KINI)




Tuan Haji Mohd Azman bin Haji Mohsin telah dilahirkan pada 9 Feb 1969M bersamaan 22 Zulkaedah, 1388H (Tengahari Jumaat), di Parit Haji Zain, Bt. 15 Air Hitam Muar, Johor Darul Takzim. Beliau mendapat pendidikan awal secara formal di Sekolah Rendah Bt. 15 Air Hitam Muar, bermula pada tahun 1976-1982. Beliau meneruskan pendidikan Agama Islam dan Bahasa Arab peringkat awal di Madrasah al-Attas al-Arabiah al-Islamiah, Johor Bahru, Johor dari 1982-1986. Beliau meneruskan pelajaran di Maahad, Kebun Teh, Johor Bahru, Johor pada tahun 1986-1988, seterusnya melanjutan pengajian di peringkat Diploma Pengajioan Islam (Bahasa Arab dan Sastera), Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Kuala Terengganu antara tahun 1988-1992.Pada tahun 1992 beliau menyambung pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia selama 3 bulan dan seterusnya ke Al-Azhar, Kaherah, Mesir (Universiti Islam Tertua di Dunia) dan mendapat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Pengajian Islam Dan Bahasa Arab pada tahun 1996.Telah melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) di Universiti Teknologi Malaysia (2001-2004). Berazam untuk menyambung pengajian di peringkat PHD dengan izi Allah Taala jika diberi peluang.




Bermula kerjaya dan dakwah sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam pada 2 Feb 1997 dan diserapkan ke jawatan tetap pada 2 Jun 1997 di Jabatan Agama Johor. Berpengalaman bertugas sebagai Pegawai Tadbir Agama Daerah Pontian (1997-1999), Pegawai Tadbir Agama Mersing (1999-2001), Pegawai Tadir Agama Kluang (2001-2003), Pegawai Tadbir Agama Kota Tinggi (2003-2005) dan Pegawai Tadbir Agama Segamat bermula tahun September 2005 hingga 31 Ogos 2009. Kini bertugas sebagai Pegawai Tadbir Agama Daerah Johor Bahru bermula 1 Sept 2009 sehingga kini.

Thursday, February 11, 2010

KAUNTER BANTUAN DI TAMAN CENDANA, PASIR GUDANG

TARIKH : 9 FEB 2010
HARI : SELASA
JAM : 7am - 4 pm
TEMPAT : MASJID JAMEK TAMAN CENDANA, PASIR GUDANG

MAIJ telah mengambil inisiatif dalam usaha mengenalpasti asnaf fakir miskin yang masih belum menerima bantuan.

Satu kaunter bantuan telah dibuka pada 9/2/2010 di perkarangan Masjid Jamek Taman Cendana bertujuan untuk memberi peluang kepada penduduk sekitar Bandar Pasir Gudang yang tergolong dalam asnaf fakir miskin untuk membuat pertanyaan bantuan sekaligus membuat permohonan bantuan. Di anggarkan lebih kurang 150 orang yang hadir dan pihak kami telah menerima lebih kurang 70 permohonan bantuan yang lengkap pada hari tersebut.

Program tersebut bermula pada jam 7 pagi dan berakhir pada jam 4 petang. Program kaunter seperti ini adalah julung-julung kali diadakan kerana sebelum ini pihak MAIJ hanya menerim permohonan di pejabat.

MAIDJB BANTU JEJAK ZAKAT NIAGA DAERAH MUAR



TARIKH : 9 FEB 2010
HARI : SELASA
TEMPAT : MUAR, JOHOR

Dalam tahun 2010 ini, Majlis Agama Islam Negeri Johor meneruskan usaha bagi menyampaikan hebahan kefardhuan zakat kepada seluruh masyarakat Islam di Negeri Johor Darul Takzim.

Pada 3 dan 4 Feb 2010, MAINJ telah menganjurkan program Jejak Zakat Niaga di Daerah Muar. Objektif program ini menghendaki para pegawai MAINJ untuk pergi ke seluruh mukim di setiap daerah bagi mengenalpasti para peniaga Islam dan seterusnya menyampaikan risalah dan memberi penerangan akan tanggungjawab melaksanakan Zakat Perniagaan bagi yang telah mencukupi syarat wajib zakat.




En Amad Jupri Bin Lewan, Penolong Pegawai Penaksir dan En Rozaimi Jaafar, Pembantu Akauntan dari Johor Bahru telah sama-sama turun padang membantu rakan-rakan di Muar untuk menjayakan program ini. Alhamdulillah, sebanyak 21 orang para peniaga yang menjalankan berbagai aktiviti perniagaan di sekitar kawasan Sg. Terap/Jorak antaranya ialah makanan dan minuman, kedai runcit, agensi insurans, pertanian fertigasi, semaian anak benih, stesyen minyak, pusat edaran gas, kedai jahitan, pakaian terpakai, kedai memandu dan pusat kecantikan telah berjaya ditemubual dan diedarkan risalah kefahaman zakat.

Program ini begitu bermakna pertemuan dan pertukaran pandangan bersama YB ADUN Jorak iaitu YB Datuk Dr Shahruddin yang sedang melawat persekitaran kawasan Masjid Jamek Bukit Pasir.





Program ini dijangka akan diteruskan, bertempat di daerah Batu Pahat pada 9 dan 10 Feb 2010 akan datang.InsyaAllah..

Wednesday, February 10, 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 1431 HIJRAH / 2010 MASIHI

TARIKH ; 26 FEBRUARI 2010 / 12 RABIULAWAL 1431
MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT : MASJID JAMEK TAN SRI JALIL HASSAN , KAMPUNG PASIR PUTIH
PASIR GUDANG , JOHOR BAHRU

AKTIVITI BULANAN MAIDJB


30-31 JANUARI 2010 :
KAKITANGAN MAIDJB TELAH DIKEHENDAKI UNTUK MENGHADIRKAN DIRI DALAM SATU KURSUS KEFAHAMAN ORGANISASI , KECEMERLANGAN SHSIAH DIRI SERTA MESYUARAT POSTMORTEM 2009 & PERANCANGAN GERAKERJA 2010 .



KURSUS YANG TELAH DILAKSANAKAN PADA 30-31 JANUARI 2010 DI GUNUNG LEDANG RESORTS , LEDANG INI ADALAH KESINAMBUNGAN KURSUS YANG TELAH DIJALANKAN PADA 2007 : NAZA HOTEL JOHOR BAHRU , 2008 : HOTEL SERI MALAYSIA MERSING.



SEMOGA DENGAN PENGANJURAN KURSUS INI AKAN MEMASTIKAN TAHAP KESIAPSIAGAAN DAN MORAL PARA KAKITANGAN DAERAH JOHOR BAHRU BERADA DALAM KEADAAN YANG TERBAIK BAGI MEMBERIKAN PERKHIDMATAN KEPADA MASYARAKAT ISLAM YANG BERURUSAN SEPANJANG TAHUN 2010 INI.