Wednesday, March 10, 2010

"BERSAMA MEMIKUL DUGAAN"

Ketika kanak-kanak lain yang seusia sedang berseronok bermain dengan abang dan kakak, Adik Aqil Putra bin Anas, 4 tahun pula perlu tabah menghadapi penyakit LEUKEMIA yang dihadapinya sejak Jan 2009 yang lalu.



Setiap bulan keluarganya perlu membawa beliau untuk sesi rawatan bersama doktor dan setiap 2 bulan sekali untuk rawatan Kimoterapi di Hospital Sultan Ismail.

Ketua keluarga Anas bin Abdul Barri, 37 tahun yang bekerja sebagai pemandu van dengan pendapatan bulanan RM 700 , selain perlu memastikan keperluan perubatan adik Aqil mencukupi juga perlu menyara persekolahan 2 orang anaknya yang berada dalam Tahun 3 dan Tahun 4.

Menurut makluman Pn. Nurzawira, ibu kepada adik Aqil Putra, pada masa ini pihak Majlis Kanser Negara (MAKNA) membantu pembiayaan bulanan sebanyak RM 250 dan dijangka tamat pada bulan April 2010 kerana bantuan yang diterima hanyalah untuk tempoh 1 tahun sahaja.



Majlis Agama Islam Daerah Johor Bahru dalam kunjungannya telah menghulurkan bantuan berupa sumbangan wang tunai dan barangan makanan. Bantuan bil rawatan hospital adik Aqil Putra yang tertunggak juga akan dibantu untuk diselesaikan disamping berusaha untuk mendapatkan bantuan zakat bulanan kepada keluarga tersebut.